Media adalah bahan yang dapat menyalurkan informasi daripada sumber informasi kepada penerima informasi. Oleh sebab itu, media memainkan peranan penting dalam membentuk satu Negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan sosial. Ini kerana, segala informasi dapat disalurkan dengan mudah dan ini membantu proses pembangunan dalam setiap Negara. Media telah mencapai satu tahap dimana teknologi telah mempertingkatkan tahap pencapaian dan keberkesanan sesebuah komunikasi yang dikenali sebagai “media baru”.

.

Media baru boleh dirujuk sebagai teknologi yang melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada Socha dan Eber-schmid (2012) dalam artikel mereka “Defining new media isn’t easy”, media baru tidak termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang membenarkan interaksi kepada pengguna. Hal ini sememangnya benar kerana pengguna akan lebih tertarik untuk menggunakan komunikasi jenis ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengeluarkan pendapat mereka. Media baru selalunya dikaitkan dengan internet. Ini kerana, internet adalah satu teknologi yang berjaya memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi. Selain itu juga, melalui adanya media baru ini akan memberikan kesan yang positif dan negatif kepada masyarakat di Malaysia.

Teknologi baru dapat memberikan pelbagai maklumat dan hiburan secara serentak. Hal ini kerana, konsep penggabungan yang terdapat pada teknologi baru telah menyebabkan teknologi ini mampu menggabungkan pelbagai medium menjadi satu medium yang baru. Contohnya, kewujudan laman sesawang seperti http://www.youtube.com telah membolehkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu kejadian yang tidak dipaparkan secara langsung atau yang telah berlaku. Namun begitu, dengan mengakses laman sesawang ini kita akan dapat melihat berjuta-juta video daripada seluruh dunia. Selain itu, masyarakat juga boleh memperolehi hiburan melalui video-video muzik artis tempatan sehingga ke antarabangsa yang terdapat di dalam laman sesawang ini. Contohnya, di Malaysia masyarakat gemar memuatnaik kejadian-kejadian seperti perhimpunan haram, aksi perlawanan bola sepak, kemalangan jalanraya dan juga pelbagai lagi untuk tontonan, yang bukan hanya melibatkan masyarakat di Malaysia malahan juga untuk tatapan seluruh dunia.

Selain itu juga, teknologi membuka ruang sfera awam kepada masyarakat untuk bersuara. Sfera awam menurut Peter Dahlgren (1991) merupakan sebuah konsep dalam konteks semasa yang menerangkan tentang keadaan masyarakat masa kini yang membincangkan mengenai bagaimana dan apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. Selain itu, konsep sfera awam ini juga boleh digunakan untuk menerangkan tentang perkara yang biasa terjadi atau tatacara semulajadi. (Dahlgren, 1991). Kewujudan teknologi baru yang juga menyebabkan kewujudan laman sesawang http://www.blogger.com pada tahun 2003 telah membolehkan masyarakat meluahkan segala rasa atau pendapat mereka mengenai sesuatu perkara dalam laman web tersebut. Selain itu, masyarakat juga boleh menggunakan medium ini untuk meluahkan pendapat masing-masing.

social-mediaPromosi-Brand-Media-Sosial

Disamping itu, melalui Facebook, Instagram, Twitter, Wechat dan banyak lagi media yang ada pada masa ini menyebabkan ramai golongan-golongan peniaga dapat mempromosikan barangan mereka di laman-laman di atas talian (online). Hal ini secara tidak langsung, akan memudahkan peniaga yang tidak memiliki kedai sendiri untuk mempromosikan produk mereka di laman-laman sosial sahaja. Oleh yang demikian, ini akan memudahkan peniaga tersebut dan juga pengguna yang ingin membeli barangan kerana tidak perlu keluar untuk melihat barangan tersebut kerana melalui internet segala barangan yang mereka mahukan akan didapati dengan mudah. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit peniaga mahupun pembeli di internet.

Walaubagaimanapun, melalui penularan media-media yang baru seperti laman-laman sosial menyebabkan remaja akan terpengaruh dengan budaya hendonisme iaitu mereka yang sukakan hiburan sehinggakan melalaikan. Hendonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. (Mohd, 2010, p. 109). Selain itu, kewujudan media baru ini telah menghakis sedikit demi sedikit pergaulan dan perhubungan diantara keluaraga dan juga rakan-rakan. Hal ini kerana, pada masa ini masyarakat lebih cenderung untuk bergaul dan berhubung melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram, Twitter, Wechat dan WhatsApp. Hal ini telah mewujudkan satu sindrom yang dipanggil “anti-sosial”. Hal ini jelas diperkatakan oleh Mohd Roslan Mohd iaitu tanpa pegangan akidah yang kukuh, akan menyebabkan sesiapa sahaja mudah diresapi dengan serangan pemikiran yang dilancarkan ke atas umat Islam. (Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden, 2010, p. 110). Selain itu, ramai remaja yang sanggup menghabiskan masa bejam-jam lamanya untuk berada di depan komputer untuk berfacebook, bertwitter dan sebagainya tanpa melakukan kerja yang lebih penting daripada ini seperti melakukan kerja sekolah dan lain-lain. Hal ini sudah tentu akan melalaikan mereka dan seterusnya menjejaskan prestasi akademik pelajar tersebut.

Kini, terdapat banyak bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja dan belia. Hal ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu peranti bagi menghalang laman sesawang yang tidak sepatutnya dilawati serta ianya juga haruslah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Hal ini kerana bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka.

media-sosial-jangan-dijadikan-diary-L98

Senario yang dapat dilihat pada masa ini melalui media baru yang ada contohnya di laman sosial seperti youtube terdapat diantara orang-orang biasa telah menjadi terkenal seperti Elizabeth Tan, Ainan Tasneem dan Najwa Latif. Mereka telah terkenal di laman youtube apabila memuatnaik video-video nyanyian mereka yang dirakam dan dikongsi bersama dengan orang ramai di laman Youtube. Melalui rakaman-rakaman video ini telah menjadikan mereka terkenal kerana telah mendapat banyak like daripada orang ramai. Contohnya, video Elizabeth Tan melalui lagu yang dimuatnaik di dalam youtube iaitu Knock Knock dan telah mendapat berjuta-juta like daripada pengguna laman sosial. Selain itu, penyanyi lain seperti Ainan Tasneem juga telah mendapat nama melalui lagu Aku Suka Dia dan Najwa Latiff melalui lagunya muka buku juga telah mendapat “like” yang banyak menyebabkan mereka menjadi terkenal di youtube dan media-media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan lain-lain lagi.



Kesimpulanya dapat dilihat bahawa media baru memberi implikasi yang positif dan juga negatif terhadap masayarakat di Malaysia dan sememangnya hampir kesemua masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia bergantung dengan media baru untuk aktiviti harian mereka sekaligus mewujudkan satu senario yang baru terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia

live-two-weeks-without-social-media

Rujukan:

Kellner, D. (1995). Media Culture: Cultural Studies, Identity and Politics Between The Modern and Postmodern. United States: Routledge.

Mohd Roslan Mohd (2010). Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden. Jurnal Al-Tamaddun Bil.6, 110.

Dahlgren, P. 1991, Introduction in Dahlgren & Sparks, eds, Communication and Citizenship: Journalism and the Public Sphere, London: Routledge

Socha, B. & Eber-Schmid, B. (2012). New Media Institute. What is new media? Defining new media isn’t easy. Retrieved from http://www.newmedia.org/what-is-new-media.html

About newtech4comm

Blog ini disediakan oleh kami yang merupakan pelajar Sains Sosial bagi memenuhi tugasan subjek "New Technologies of Human Communication". Kami akan mencuba untuk merungkai dan mengkaji permasalahan berkenaan teknologi terkini yang memberi kesan terhadap komunikasi dan juga masyarakat serta banyak lagi berkenaan dengan media-media baru yang muncul pada zaman yang serba moden ini dan kaitannya dengan masyarakat. Terima kasih kerana singgah dan membaca serta mengikuti kami. :)

5 responses »

  1. syuhada says:

    penulisan yang sangat baik dan membantu orang ramai

    Liked by 1 person

  2. Munirah says:

    nice one, keep it up

    Liked by 1 person

  3. newtech4comm says:

    Terima kasih kepada pembaca blog kami. Diharap akan sentiasa mengikuti perkembangan isu dari semasa ke semasa daripada kami. 🙂

    Like

  4. nur.atini@gmail.com says:

    good..:)

    Like

Leave a reply to newtech4comm Cancel reply