Kewujudan teknologi komputer yang semakin canggih pada masa ini dan kemunculan pelbagai aplikasi di dalamnya untuk berkomunikasi antara individu dengan individu yang lain, atau antara kumpulan dengan kumpulan yang lainnya telah menyebabkan berlakunya satu isu yang disebut sebagai Computer Mediated Communication (CMC). Istilah CMC adalah merujuk kepada komputer sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi. Dalam erti kata lainnya juga, komunikasi di hujung jari yang menggambarkan bahawa kita hanya berkomunikasi di alam maya tanpa bersemuka dan bercakap berdepan dengan seseorang. CMC dikenali sebagai bahan teknikal untuk berkomunikasi secara dua hala dengan menggunakan aplikasi Video Call, Skype dan banyak lagi aplikasi yang lainnya. Melalui sumber yang diperoleh, CMC telah wujud sejak komputer digital elektronik yang pertama dicipta, sekurang-kurangnya sejak pertukaran direkodkan pertama emel prototaip di awal 1960-an, (Tomic, 2004, p. 14).

Selain itu, Crispin Thurlow (2004), telah memberikan tiga maksud CMC daripada tiga pendapat yang berbeza. Pendapat pertama yang diberikan oleh Gerry Santoro (1995: 11), yang mengatakan CMC adalah “at its broadest, CMC can encompass virtually all computers uses including such diverse applications as statistical analysis programs, remote-sensing system, and financial modeling programs, all fit within the concept of human communication”, (Tomic, 2004, p. 15). Menurut beliau, CMC lebih kepada menggunakan aplikasi program statistik, pengiraan dan juga yang melibatkan komunikasi diantara manusia.  Manakala, pendapat kedua yang dinyatakan oleh  John Disember (1997), yang mana mendefinisikan CMC sebagai “computer mediated communication is a proses of human communication via computers, involving people, situated in particular contexts, engaging in processes to shape media for a variety of purposes”, (Tomic, 2004, p. 15). Beliau melihat CMC lebih kepada satu proses komunikasi diantara masyarakat yang berhubung melalui komputer untuk pelbagai tujuan yang tertentu. Seterusnya, pendapat ketiga yang dinyatakan oleh Susan Herring (1996: 1), yang mempunyai persamaan seperti yang dikemukan oleh John Disember iaitu, “CMC is communication that takes place between human beings via the instrumentality of computers”, (Tomic, 2004, p. 15). Oleh yang demikian, menurut pendapat yang dinyatakan dapat dirumuskan bahawa CMC lebih merujuk kepada komunikasi atau perhubungsn yang melibatkan penggunaan komputer. Jadi adakah kita antara pengguna CMC?

Jika dilihat CMC memang sudah menjadi tabiat majoriti golongan muda mudi kini, malahan juga golongan-golongan tua segelintirnya. Jika seseorang itu tidak mempunyai komputer sekalipun, mereka boleh menggunakan komputer melalui Computer Centre (CC) yang ada berdekatan dengan rumah-rumah mereka. Oleh yang demikian, melalui adanya CC adalah menjadi satu alternatif bagi masyarakat untuk lebih terdedah dengan dunia IT. Kami akur bahawa kami juga juga menggunakan komputer sebagai salah satu medan untuk berkomunikasi. Ini kerana, melalui komputer kami akan dapat berhubung dengan seseorang yang berada jauh dengan mudah selain telefon untuk berkomunikasi. Selain itu, kewujudan Skype telah membuka ruang untuk berhubung dengan sesiapa sahaja yang berada jauh dengan bervideo. Melalui skype kita seperti berkomunikasi secara berdepan dengan seseorang itu kerana kita akan dapat melihat wajah seseorang itu ketika menggunakannya. Oleh yang demikian, ini akan dapat menghilangkan rasa rindu ibu bapa kepada anak-anak ataupun sebaliknya. Namun begitu, kewujudan media-media komunikasi ini adalah merupakan salah satu budaya global. Hal ini kerana, ianya telah menjadi satu cara hidup yang digunakan oleh semua Negara. Ini menunjukkan bahawa berlakunya imperalisme terhadap budaya tempatan dan seterusnya akan menghakis budaya-budaya timur khususnya. Diakui bahawa penciptaan alat-alat media seperti ini adalah bermula daripada Barat. Contohnya menurut teori budaya global yang dikemukakan oleh Jeremy Tunsell (1977) mengatakan bahawa “eventual destruction of local cultures through the ‘dumping’ of indiscriminate media products main from USA”. Budaya tempatan yang terhakis adalah seperti masyarakat pada zaman ini kebanyakannya anti sosial berbanding dahulu. Hal ini kerana, banyak masa dihabiskan di depan-depan komputer untuk berbagai tujuan. Contohnya lelaki dan wanita mempunyai tujuan yang berbeza melalui penggunaan komputer. Perbezaan yang jelas adalah lelaki lebih gemar bermain games berjam-jam lamanya di hadapan komputer. Namun begitu, bagi golongan wanita pula lebih gemar membeli belah di atas talian, mencari resepi masakan dan sebagainya.

Selain itu, menurut ahli Sosiologi iaitu Karl Marx menyatakan bahawa “capitalism could only survived through expansion”. Hal ini jelas membuktikan bahawa pihak kapitalis akan mencipta sesuatu yang memberikan nilai pulangan yang tinggi kepada mereka agar mereka dapat mengembangkan lagi kekuatan dan kekayaan mereka. Selain itu, jika diteliti melalui teori kelas yang juga diperkenalkan oleh Karl Marx berkenaan dengan golongan kapitalis dan bourgeoisie. Menurutnya, golongan kapitalis akan menggunakan tenaga kerja iaitu golongan borjuasie untuk mengaut keuntungan yang banyak dan membayar kos buruh dengan murah serta menggunakan tenaga kerja semaksimum yang mungkin. Oleh yang demikian, melalui teori ini dapat menjelaskan bahawa orang Barat yang menguasai dunia teknologi banyak membuka kilang-kilang mereka di Negara-negara sedang membangun contohnya di Negara kita, Negara Thailand dan sebagainya. Ini kerana, kos buruh di Negara-negara ini adalah lebih murah, justeru dengan itu mereka dapat mengaut keuntungan yang banyak. Ini terbukti bahawa tenaga kerja di dikerah dengan semaksimum yang mungkin dan perlu bekerja lebih masa tetapi dibayar dengan gaji yang sedikit.

Selain digunakan untuk berkomunikasi CMC juga memudahkan dalam urusan kehidupan seharian individu dan sebahagian asasi kehidupan manusia pada zaman yang serba moden ini. Hal ini dapat dilihat CMC digunakan dalam melaksanakan tugasan pekerjaan yang menggunakan aplikasi Excel yang mana dapat memudahkan dalam urusan pengiraan yang menggunakan aplikasi statistik. Menurut Shneiderman (1987) menegaskan bahawa reka bentuk semula antara muka manusia-komputer boleh membuat perbezaan yang sangat ketara dalam kepuasan pengguna (Hiltz & Johnson, 1990, p. 739). Kecanggihan teknologi telah memberi ruang kepada masyarakat untuk menggunakan CMC sebagai bahan utama untuk berhubung dan telah memberi banyak manfaat dari pelbagai sudut seperti sudut sosial, ekonomi dan politik. Sudut sosial yang dimaksudkan ialah berkomunikasi, perbincangan, pembelajaran dengan masyarakat. Manakala dari sudut ekonomi pula merujuk kepada perniagaan dimana masyarakat dapat melihat barang yang diniagakan secara online dan masyarakat juga lebih enteng untuk berkomunikasi dengan penjual melalui media online tanpa perlu bersua muka. Sebagai contoh, pada hari ini CMC dapat memudahkan para pelajar untuk membuat perbincangan atau memuatnaik tugasan melalui laman sosial dan kadangkala tenaga pengajar boleh berinteraksi menggunakan pembelajaran atas talian mengenai sesuatu perkara yang hendak dibincangkan. Menurut Boiney, L. (1998), penggunaan CMC mungkin memberi kesan kepada mana-mana aktiviti komunikasi yang dikaitkan dengan kumpulan tugasan, kumpulan kreatif, kumpulan taktikal, dan membuat keputusan atau penyelesaian masalah secara berkumpulan (George & Sleeth, 2000, p. 288).

Komunikasi perantaraan yang biasa digunakan masyarakat pada hari ini dalam seharian adalah seperti Facebook, Skype, dan Email, Instagram dan berbagai-bagai lagi. Melalui aplikasi tersebut, masyarakat bukan sahaja boleh menggunakannya untuk berhubung, malahan ianya juga boleh digunakan untuk memuatnaik lagu, gambar, video. Oleh itu, masyarakat boleh berkomunikasi anatara satu dengan yang lain dalam pelbagai versi.

Selain itu, CMC juga mempunyai impak negatif yang seperti remaja kini lebih banyak menggunakan komunikasi atas talian untuk mencari ramai kenalan baru serta bercinta melalui alam maya. Hal ini mewujudkan masalah kepada kepada para remaja kerana mereka mudah untuk mempercayai individu yang tidak dikenali. Oleh itu, ini mengakibatkan seseorang itu terpengaruh dengan ayat-ayat manis orang yang tidak dikenali tersebut dan akhirnya menyebabkan berlakunya pelbagai kes jenayah seperti rogol, culik dan bunuh. Disamping itu, keburukan CMC yang lainnya adalah menimbulkan risiko terhadap pembeli online. Ini kerana, ada diantara peniaga-peniaga yang telah mengambil kesempatan terhadap pembeli melalui penipuan yang melibatkan barang yang dibeli tidak dihantar kepada pembeli tersebut. Contohnya, peniaga memberitahu dengan yakin semasa berkomunikasi atas talian kepada pelanggan bahawa barang yang dijual menepati citarasa pengguna malah apabila barang sampai ke tangan pengguna telah berlaku perkara yang sebaliknya. Situasi sedemikian seringkali berlaku kepada masyarakat menyebabkan berlaku kerugian dan rasa tidak percaya pengguna kepada penjual online. Seterusnya, melalui internet juga dapat dijadikan medium untuk komuniksi untuk menyampaikan dakwah. Hal  ini jelas diperkatakan oleh Farida Nur Ahmad bahawa kehadiran internet bagi pengguna merupakan sebuah media baru yang menawarkan kepelbagaian dan kebebasan akan akses maklumat bagi pengguna tanpa perlu terikat sekatan dan sensor (2013, p. 99).

Kesimpulannya, CMC yang diperkenalkan oleh Barat ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Namun, ini semua terpulang kepada individu untuk memilih cara baik atau sebaliknya. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan diri kita daripada terpengaruh dengan budaya hendonisme kita haruslah tidak terlalu taksub dengan media-media yang boleh melalaikan serta menjaga nilai, budaya serta adat yang dipegang sejak zaman-berzaman lagi.

Rujukan:

Farida Nur Ahmad (2013). At-Tabsyir. Jurnal Komunikasi penyiaran Islam , 99.

George, G., & Sleeth, R. G. (2000). Leadership in Computer-Mediated Communication: Implications and Research Directions. Journal of Business and Psychology, Vol 15, No. 2 , 287-310.

Hiltz, S. R., & Johnson, K. (1990). User Satisfaction with Computer-Mediated Communications System. Management Science, Vol. 36, No 6 , 739-764.

Tomic, C. T. (2004). Computer Mediated Communication Social Interaction and the Internet. London: SAGE.

Advertisements

About newtech4comm

Blog ini disediakan oleh kami yang merupakan pelajar Sains Sosial bagi memenuhi tugasan subjek "New Technologies of Human Communication". Kami akan mencuba untuk merungkai dan mengkaji permasalahan berkenaan teknologi terkini yang memberi kesan terhadap komunikasi dan juga masyarakat serta banyak lagi berkenaan dengan media-media baru yang muncul pada zaman yang serba moden ini dan kaitannya dengan masyarakat. Terima kasih kerana singgah dan membaca serta mengikuti kami. :)

One response »

  1. Got new knowledge after reading this article. 👍👍

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s