1f24
Cukai barang dan perkhidmatan (Good and Service Tax ) atau dikenali GST dikatakan akan mempengaruhi rakyat Malaysia dalam membangunkan pendapatan negara dalam sektor ekonomi. Apabila Perdana Menteri mengumumkan cukai  akan diperbaharui daripada sale & service tax (SST) kepada good and service tax (GST), ramai rakyat tidak berpuas hati terhadap hasil pembaharuan cukai tersebut. Maka dengan ini timbul berbagai-bagai suara-suara yang lantang mengecam kuat terhadap isu perlaksanaan GST di dalam talian termasuk blog-blog yang dihasilkan turut menyebarkan maklumat mengenai pengenalan GST. Oleh itu, berdasarkan pembacaan melalui media cetak dan media elektronik iaitu daripada blog dan berita dalam talian yang diambil mengenai GST di laman sesawang http://www.utusan.com.my/rencana/untuk-apa-buat-gst-1.75140 dan http://pakdin.my/cukai-barang-dan-pekhidmatan-gst-soalan-lazim/, dapat kami simpulkan beberapa idea penulisan dalam akhbar dan blog mengenai isu GST yang hangat diperkatakan yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Melalui entri ini, kami akan mengulas serba sedikit mengenai isu GST yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan ini.


Menurut Muharikah (2014), GST adalah cukai nilai tambahan atau value added tax (VAT) yang dikenakan bagi setiap urus niaga yang berlaku, (ISU 24- Majalah Jom! Ini Rahsia Penting, 2014, p. 56). Melalui kedua-dua media cetak dan media elektronik ini terdapat beberapa persamaan dan  perbezaaan yang boleh diperjelaskan. Persamaan yang ada adalah  kedua-duanya membincangkan mengenai isu yang sama iaitu ‘GST’. Perbezaan yang tedapat dalam dua sumber yang telah dianalisis ini adalah dari segi isu kandungan dan maklumat yang diberikan. Blog Pak Din.my lebih memberikan maklumat yang lengkap mengenai isu GST dan menghuraikan dengan jelas antaranya dengan memuat naik video yang berkaitan isu ini iaitu contoh soalan yang berkaitan GST. Disamping itu, beliau juga memberikan maklumat dengan terperinci dengan membahagikan kepada 33 bahagian soalan yang berkaitan isu ini, antaranya ialah memperkenalkan apa itu GST, sebab dan akibat perlaksanaan GST, mengapa kerajaan hendak melaksanakan GST dan lainnya. Secara jelasnya, melalui blog ini masyarakat akan lebih mengetahui mengenai GST. Berita dalam talian jika diteliti maklumat yang dinyatakan kurang jelas kerana maklumat yang hendak dikeluarkan kebanyakannya akan ditapis.

Apabila membandingkan berita dalam talian termasuk blog, tidak dinafikan bahawa pelbagai berita khususnya GST yang telah diwar-warkan kepada masyarakat banyak mengandungi kesahihan dan ditokok tambah agar menarik minat pembaca untuk membaca penulisan yang ditulis oleh penulis-penulis. Terdapat beberapa kelemahan dan keburukan apabila membandingkan kedua-duanya iaitu berita dalam talian dimana di dalam berita online termasuk blog, penulis yang menulis di dalam berita online selain blog mereka bekerja dengan syarikat yang berdaftar. Oleh itu, berita yang disampaikan haruslah berbentuk positif beraruskan dengan persekitaran yang berlaku dalam negara mahupun luar negara dimana teknik pembentukan penceritaan mestilah menarik minat pembaca. Hal ini akan meyakinkan pembaca untuk membaca dalam berita talian tanpa perlu membeli media cetak yang hanya membazirkan duit dan masa. Ini ditambah pula pembaca boleh membaca akhbar online secara percuma. Menurut Domingo (2005), there is very little indication that online journalism is inherently better journalism for all its interactive and in-dept potential (Paterson & Domingo, 2008, pp. 7-8). Pendapat ini disokong bahawa berita dalam talian banyak membawa kebaikan.

Selain itu, melalui berita dalam talian iaitu blog pula, masyarakat dapat mengetahui lebih banyak info yang terselindung namun, info yang dinyatakan hanya daripada andaian dan pendapat penulis itu sendiri. Kesahihan yang ada hanya kepada pembaca untuk menilainya sama ada untuk mempercayai atau sebaliknya. Sebagai contoh yang diambil dalam akhbar Utusan Malaysia online, penulis lebih banyak mendedahkan kesan baik serta kebaikan cukai GST terhadap rakyat supaya rakyat memahami tentang cukai GST yang akan dilaksanakan. Menurut Habermas (1989) has described as a space that permits citizens to interact, study, and debate on the public issues of the day without fear of immediate reprisal from the political and economic powers (Beers, 2006, p. 116). Kelemahan berita dalam talian dimana masyarakat tidak dapat membaca sepenuhnya berita yang dipaparkan berbanding berita yang dicetak. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati kepada pembaca untuk mengetahui dengan lebih terperinci. Melalui berita dalam talian seperti blog, kelemahannya merujuk kepada sumber dimana sukar untuk mendapatkan sumber yang sahih walaupun ia mudah untuk didapati dilaman sesawang.

Disamping itu, seperti yang dibaca melalui utusan online dan blog Pak Din dapat dilihat bahawa kedua-duanya menerangkan kebaikan GST. Namun, mereka tidak menerangkan mengenai kesan yang bakal ditanggung oleh rakyat. Oleh itu, berdasarkan isu ini apa yang dapat dilihat adalah kedua-duanya menyokong pihak Kerajaan dalam melaksanakan GST. Ini kerana penulisan ini adalah benda yang terkawal dan tidak boleh mengkritik sesuka hati. Jika kita mengkritik dasar yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan sesuka hati, ini bermakna kita akan dikenakan tindakan. Oleh yang demikian, kita mestilah mengutarakan pendapat dan pandangan dengan cara yang betul mengikut saluran yang sesuai sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi iaitu membolehkan setiap rakyat bebas untuk bersuara dan mengutarakan setiap pendapat yang ada. Selain itu, apa yang dipaparkan di media-media sosial mengenai kritikan dan perasaan tidak puas hati seseorang itu terhadap isu GST perlulah diketengahkan melalui saluran yang betul dan tidak hanya mengkritik di laman-laman sosial yang tidak membawa apa-apa faedah kepada kita. Oleh itu, gunakan hak kita sebagai pengguna dan kebebasan bersuara kita dengan cara yang betul dan efisen.

Melalui kedua-dua media ini dapat dilihat bahawa kedua-duanya mempunyai pendapat yang sama terhadap GST kerana akan memberikan kebaikan kepada Kerajaan. Namun, bagi kami ianya adalah benar namun kebaikan kepada rakyat golongan miskin perlu diambil kira. Mungkin, rakyat yang sudah kaya raya tidak merasa terbeban, namun bagaimana pula hidup rakyat yang miskin? Bagaimana pula hidup mahasiswa dan mahasiswi? Kami akur bahawa GST akan meningkatkan pendapatan negara, tetapi kesan yang dirasakan oleh rakyat juga perlu diambilkira dan dipandang daripada setiap sudut. Oleh itu, cadangan kami sebagai rakyat Malaysia, jika Kerajaan ingin meningkatkan ekonomi negara pihak Kerajaan seeloknya mengenakan GST ini hanya kepada golongan yang berpendapatan tinggi supaya rakyat yang berpendapatan rendah tidak merasa terbeban dan tidak berfikir panjang untuk membeli sesuatu barangan tersebut. Walaubagaimanapun, melalui penulisan Utusan online menyatakan bahawa perlaksanaan GST adalah pahit, namun bagi manfaat jangka panjang adalah untuk kebaikan pasaran Malaysia. Oleh yang demikian, GST ini akan meningkatkan pasaran negara, oleh itu ianya secara tidak langsung adalah merupakan salah satu alternatif Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara kerana sistem ekonomi negara yang sebelum ini agak lemah. Selain daripada itu juga, melalui perlaksanaan GST ini juga diharapkan agar peniaga-peniaga tidak mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan  lebih daripada yang sepatutnya. Selain itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah sentiasa memantau agar peniaga tidak memanipulasi pengguna demi kepentingan bersama. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah melaporkan kepada pihak-pihak yang berwajib sekiranya dimanipulasi oleh peniaga. Hal ini jelas diperkatakan oleh Majlis Keselamatan Dalam Negara Jabatan Perdana Menteri yang menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna adalah melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib atau persatuan pengguna (Cukai Barang dan perkhidmatan GST).

Justeru, melalui perlaksanaan GST akan memberikan kesan terhadap negara dan juga masyarakat. Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat sudah pastinya akan mengikut rentak kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar mereka. Oleh itu, kita sebagai rakyat harus menunggu dan melihat kesan-kesan terhadap peningkatan ekonomi yang bakal berlaku dalam negara seperti yang diwar-warkan oleh pihak Kerajaan ini.

Goodsandservicestax-GST_zps050726bf

gst-mechanism

infographic_GST_size1fb1.gif

perbezaan-GST-dunia

RUJUKAN:

Beers, D. (2006). The Public Sphere and Online, Independent Journalism. Canadian Journal of Education, Vol. 29, No 1, The Popular Media, Education and Resistance, 109-130.

Cukai Barang dan perkhidmatan GST. (n.d.). Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri. Author diambil daripada http://www.mpib.gov.my/documents/294206/50d2f9b3-9820-4e1f-a62b-12f5cdc3c989 pada 1 April 2014.

Muharikah. (2014). ISU 24- Majalah Jom! Ini Rahsia Penting. Kuala Lumpur: Deen Prints.

Paterson, C., & Domingo, D. (2008). Making Online News: The Ethnography of New Media Production . New York: Peter Lang Publishing, Inc.

Diambil dari web: http://pakdin.my/cukai-barang-dan-pekhidmatan-gst-soalan-lazim/ diakses pada 30 Mac 2014

Diambil dari web:http://www.utusan.com.my/rencana/untuk-apa-buat-gst-1.75140 diakses pada 30 Mac 2014

 

 

 

 

 

 

Advertisements

About newtech4comm

Blog ini disediakan oleh kami yang merupakan pelajar Sains Sosial bagi memenuhi tugasan subjek "New Technologies of Human Communication". Kami akan mencuba untuk merungkai dan mengkaji permasalahan berkenaan teknologi terkini yang memberi kesan terhadap komunikasi dan juga masyarakat serta banyak lagi berkenaan dengan media-media baru yang muncul pada zaman yang serba moden ini dan kaitannya dengan masyarakat. Terima kasih kerana singgah dan membaca serta mengikuti kami. :)

15 responses »

  1. harmbalie91 says:

    suatu perbezaan yang bagus mengenai setiap pendapat blogger dan juga media massa seperti akhbar….namun saya ada sedikit kekeliruan adakah anda yakin gst akan mengurangkan kadar defisit negara?dan apakah pendapat anda sendiri mengenai gst?adakah ia membebankan atau meringankan?

    Like

    • newtech4comm says:

      gst dapat mengurangkan kadar defisit negara sekiranya aliran wang dan cukai yang dikutip dilaksanakan dengan baik…bagi pendapat kami gst sedikit sebanyak memnjejaskan hidup kami sebagai pelajar kerana banyak peniaga menaikan harga kerana tidak faham bagaimana perlaksanaan gst

      Like

  2. lilieyaida says:

    good explaination…….tp sekarang byk blog yang menyampaikan pelbagai berita dan info mengenai gst…namun setiap info berbeza…sy nk bertanya adakah gst ini wajar dilaksanakan di Malaysia?

    Like

    • newtech4comm says:

      terima kasih di atas persoalan dan cadangan yang diutarakan oleh saudara/ saudari. menjawab kepada wajar atau tidak wajar itu ada dua pandangan yang berbeza akan saya jawab. Ia wajar dilaksanakan kerana kerajaan ingin meningkatkan pendapatan negara kerana SST yang dilaksanakan sebelum ini tidak memberikan impak yang besar terhadap ekonomi negara dan ekonomi negara kita semakin lemah menjadikan GST ini salah satu alternatif atau cubaan untuk melihat ekonomi negara lebih meningkat. Tetapi negara kita masih baru memulakan cukai ini, so perkembangan ekonomi negara kita akan ketahui kemudian sama ada meningkat mahupun tidak. Berkenaan tidak wajar pula adalah seperti yang kami nyatakan diatas bahawa rakyat yang miskin akan terbeban. terbeban sebab apa? sebab kenaikan harga barangan lebih daripada sebelumnya. ini menjadikan kos sara hidup akan lebih meningkat. terima kasih.

      Like

  3. fivecloud says:

    bagi pendapat anda, adakah usaha kerajaan dalam memberi panduan mengenai GST ini dapat membantu pengguna?

    Like

    • newtech4comm says:

      terima kasih atas soalan yang diajukan. bagi pendapat kami, usaha kerajaan dalam memberikan panduan mengenai GST membantu daripada segi pemahaman untuk kebaikan negara. namun, untuk kebaikan rakyat menjadikan panduan itu sedikit kabur. walaubagaimanapun, GST telah dilaksanakan dan kami merasai impak daripada kenaikan harga barangan tersebut. Terima kasih.

      Like

  4. borneocorner says:

    pada pendapat anda, apakah kesannya pada Malaysia 5 tahun akan datang selepas terlaksananya GST ini????kesannya kepada rakyat dan kerajaan sendiri….

    Like

    • newtech4comm says:

      pada pendapat kami kesan perlaksanaan gst terhadap msayarakat khususnya negara malaysia sendiri jika aliran daripada gst itu di tangani dengan baik maka tidak mustahil Malaysia akan maju 5 tahun akan datang dan defisit negara boleh dikurangkan pada kadar yang paling rendah

      Liked by 1 person

  5. kadang2 panduan mengenai GST ini mengelirukan apabila disampaikan orang ke2 ke3 dan seterusnya.

    Like

    • newtech4comm says:

      itu tidak dapat disangkal lagi…hal ini kerana telah berlaku tokok tambah dalam info yang hendak disampaikan apabila ia melibatkan media seperti blog dan juga artikle2 yang tersebar luas di internet khusunya…info yang cuba hendak disampaikan oleh penyampai tidak samapai kepada penerima iatu masyarakat kerana telah ditokok tambah oleh pihak ke2…

      Liked by 1 person

  6. TheGeeks says:

    aside from the issue of GST, in your opinion, which kind of coverage should we choose?

    Like

  7. Tiap kali iklan tentang GST di t.v rasa nak tutup je telinga.. lihat bagaimana kerajaan menggunakan media sebagai alat penyampaian dan penyempurnaan niat mereka,

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s