Media-Logo
Pada zaman yang penuh dengan berbagai-bagai ciptaan media moden menampakkan ramai masyarakat menggunakan pelbagai jenis media moden seiring dengan arus perkembangan pelbagai teknologi moden. Pengunaan media yang sinonim pada masa ini ialah media elektronik seperti komputer dan telefon bimbit serta media cetak seperti akhbar-ahbar dan majalah-majalah.

hero_iphone_6_5

computer-tablet-phone-shutterstock-510px

Melalui adanya pelbagai jenis media, ini menjadikan masyarakat lebih tertumpu kepada penggunaan media dan menyebabkan berlaku satu fenomena baru iaitu taksub kepada  penggunaan media kerana masyarakat tidak mahu dianggap seperti “katak di bawah tempurung”. Hal ini secara tidak langsung akan mencetuskan pelbagai perubahan samada perubahan sikap dan fizikal. Individu yang menggunakan media akan menyebabkan komitmen terhadap pekerjaan menjadi kurang. Hal ini demikian kerana, melalui adanya telefon yang mempunyai internet sehingga 4G memudahkan individu mengakses internet di mana-mana sahaja dengan mudah dan pantas. Ini kerana, kelajuan internet 4G ini lebih pantas daripada 1G, 2G dan 3G yang diperkenalkan sebelum ini. Pada awal penciptaan telefon, kegunaan telefon hanya boleh menelefon sahaja. Namun evolusi yang berlaku daripada peringkat ke peringkat menyebabkan ianya mengalami perubahan yang lebih hebat dengan pelbagai aplikasi dan penggunaan. Oleh yang demikian, ramai pekerja dalam waktu bekerja mengakses internet untuk melayari laman sosial, dan tidak kurangnya ada yang bermain games. Hal ini jika tidak dibendung akan menjatuhkan prestasi sesebuah organisasi. Selain itu, melalui adanya media seseorang yang beriadah akan menghabiskan masa riadahnya dengan telefon bimbit sahaja. Ini akan merugikan waktu riadah. Ini kerana, seeloknya waktu riadah boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang lebih bermanfaat seperti melakukan perkara yang menyihatkan badan atau meluangkan masa bersama keluarga. Ini juga akan menyebabkan masa bersama keluarga tidak diisi dengan baik dan anak-anak akan terabai.

Melalui penggunaan media telefon mudah alih banyak isu atau peristiwa yang boleh berlaku. Ini kerana, telefon mudah alih sekarang mempunyai internet dan ini menjadikan sesiapa sahaja boleh mengakses internet dengan mudah. Melalui penggunaan internet untuk tujuan sosial seperti berfacebook, bertwitter, berinstagram dan sebagainya menjadikan hubungan sosial berlaku di alam maya. Melalui adanya ruangan chat di dalam laman sosial membolehkan ramai remaja khususnya, akan mencari kenalan-kenalan baru dan menjalinkan cinta di alam maya. Hal ini akan mengundang risiko kerana tidak semua yang dipaparkan di alam maya adalah terbukti betul.

Ramai orang yang menipu status atau diri sendiri di laman sosial contohnya facebook. Di dalam facebook seseorang boleh menipu identiti diri sendiri. Oleh yang demikian, ada diantara remaja yang terjerat dengan ayat manis si jejaka dan menjalinkan cinta di alam maya tanpa mengetahui perangai jejaka yang sebenar. Oleh yang demikian, cinta yang dijalin dan akhirnya membawa ke Gerang perkahwinan. Namun apabila berkahwin, mereka akan mengetahui perangai pasangan yang sebenar dan secara tidak langsung tercetusnya penceraian. Ini terbukti melalui akhbar Berita Harian yang menyatakan bahawa  hubungan maya ini dikesan menjadi punca perceraian apabila suami atau isteri mengetahui pasangan mereka mempunyai hubungan cinta lain (Lokman Ismail, 2012). Selain itu, melalui kenalan di dalam laman sosial boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya berlakunya kejadian jenayah seperti rogol. Hal ini terbukti apabila Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit (Nurhayati Abllah, Jun 2012).
facebook-fake-profiles
Justeru, melalui adanya internet yang boleh diakeses dengan mudah di dalam telefon dengan kepantasan 4G pada masa ini, maka timbullah perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah menggunakan laman media dengan cara yang betul agar perkara yang tidak diingini berlaku dan tidak meruntuhkan akhlak remaja. Ini jelas diperkatakan oleh  bahawa remaja menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya (Nurul Huda Binti Abd Razak, 2011, p.2). Contohnya youtube boleh diakses secara bebas dan ini adalah merupakan salah satu unsur terhadap keruntuhan akhlak remaja.
media-thermometer2

media-spoonfeeding-cartoon
Rujukan:

Nuhayati Abllah, (2012). Remaja Dirogol Kenalan Facebook. Berita Harian .

Lokman Ismail, (2012, January 22). Facebook, Twitter antara punca cerai. Berita Harian.

Nurul Huda Razak, (2011). Pengaruh Internet Terhadap Keruntuhan Akhlak Remaja Islam: Di Kalanagan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan, UTM . Universiti Teknologi Malaysia .

Advertisements

About newtech4comm

Blog ini disediakan oleh kami yang merupakan pelajar Sains Sosial bagi memenuhi tugasan subjek "New Technologies of Human Communication". Kami akan mencuba untuk merungkai dan mengkaji permasalahan berkenaan teknologi terkini yang memberi kesan terhadap komunikasi dan juga masyarakat serta banyak lagi berkenaan dengan media-media baru yang muncul pada zaman yang serba moden ini dan kaitannya dengan masyarakat. Terima kasih kerana singgah dan membaca serta mengikuti kami. :)

2 responses »

  1. lilieyaida says:

    media dizaman yang serba moden………….
    bagi pendapat saya ada betulnya apa yang kamu cuba samapiakan …namun dalam kehidupan dizaman sekarang media amat berguna dalam kehidupan terutamanya media sosial….kerana dengan adanya media ini ia sedikit sebanyak membantu dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia……..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s