Apa itu Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) kepada masyarakat?

lgbt-rights-33359lgbt (2)

Pada hari ini seringkali kita mendengar tentang lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) dengan jumlah peratusan dilihat semakin meningkat yang berlaku dalam masyarakat sama ada dalam Negara mahupun luar Negara tanpa mengira lapisan masyarakat. Perkara ini telah memberi ruang yang luas untuk bertapak kepada golongan mereka dimana telah diuar-uarkan bahawa penukaran gender diluluskan kepada lelaki atau perempuan. Banyak pihak yang menentang tentang isu ini, namun apabila diluluskan ia akan memberi hak dan kebebasan kepada mereka untuk penukaran gender. Kegiatan LGBT sangat terkenal di Negara Barat namun di Malaysia juga tidak kurangnya berlaku khususnya kepada golongan muda yang tidak mempunyai pegangan agama dan pendidikan yang secukupnya.

Berdasarkan yang telah dianalisis didalam blog yang bertajuk http://oshthejourney.blogspot.com/2012/09/panduan-lgbt-dalam-konteks-malaysia.html dan website, http://www.malaysiakini.com/news/208811 dapat melihat antara kedua-dua kaitan yang telah dirungkaikan oleh penulis. Dalam website Malaysiakini yang menerangkan tentang ciri-ciri atau simptom-simptom yang mudah dikenali oleh masyarakat dengan orang yang mempunyai sifat LGBT.  Hal ini sedemikian dijelaskan supaya masyarakat tidak mudah dipengaruhi dan ia juga memfokuskan kepada ibu bapa agar mengawal anak-anak mereka daripada terlibat dengan gejala ini melalui paparan ciri-ciri yang diberikan. Berdasarkan pendapat penulis yang menjelaskan bahawa golongan LGBT sentiasa mencari pasangan yang diminati melalui media baru seperti di Twitter, Facebook mahupun kenalan di luar yang dapat membawa diri mereka dikenali oleh masyarakat. Jenis simptom yang dijelas sama ada di blog mahupun website adalah sama yang menunjukkan bahawa sifat atau identiti mereka ke arah bentuk negatif. Penubuhan identiti yang stabil dan meningkatkan harga diri sebagai penyesuaian untuk peranan seks dewasa, dan pembebasan daripada keluarga (Uribe , 1994), dan juga untuk membentuk hubungan rakan sebaya, membina harga diri dan kekuatan ego, dan mewujudkan rasa kesempurnaan kepada identiti mereka (Peters, 1997). Kenyataan ini dikukuhkan dengan menurut Foulcault yang menyatakan identiti adalah cara untuk menjadi individu dan diri yang unik dimana dibina berdasarkan kepada teknik atau amalan tertentu untuk membentuk diri seseorang.

LGBT-what-it-means

Selain itu, dalam website pula menyatakan mengenai pengesahan garis panduan LGBT oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang hebahkan untuk tujuan pengedaran ke seluruh sekolah. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan isu yang dinyatakan sehingga banyak penyelidik memberi pandangan dan turut mengeluarkan garis panduan LGBT di IPTA. Hal ini kerana kebanyakan yang terlibat LGBT berasal dari peringkat Institusi atau Sekolah kerana mereka seringkali mempunyai ramai rakan dan kadangkala mempengaruhi minda untuk terlibat dengan kegiatan ini. Menurut Patton (1996) points out that science and society have depicted adolescence as a critical time of change, and have presumed that biological and psychological development proceed hand-in-hand in a linear fashion (Patton, 1996). Perubahan masa membentuk seseorang kepada proses pembangunan diri dimana menurut Giddens, identiti dianggap sebagai dinamik, sentiasa berubah dan berkembang dimana pengenalan diri dikaitkan dengan proses kemodenan. Mereka yang terlibat dengan kegiatan ini lebih tertumpu dalam kumpulan dan mempunyai trademark untuk meggelarkan diri mereka sebagai identiti ke arah kegiatan LGBT kepada masyarakat.

tumblr_nklkhgEJzS1qipjjjo1_500

article-2326423-19D72FC1000005DC-697_634x466

article-2351540-1A925A10000005DC-819_634x468

Dalam blog tersebut turut menyatakan tentang pendapat penulis bahawa perlabelan berdasarkan gaya pemakaian dan penampilan itu juga tidak disetujui oleh penulis sendiri dimana sesetengah masyarakat meminati untuk berpakaian sedemikian tetapi tidak mempunyai simptom kearah LGBT. Dalam pada itu, pandangan penulis mengenai gaya penilaian LGBT yang diambil oleh Negara Barat bukan menunjukkan ciri pendidikan dalam Negara Malaysia, dimana identiti LGBT tidak berasaskan penyelidikan dan hanya dapat melihat dengan mata kasar sahaja. Menurut Cass (1984) dan Troiden (1989) reflect assumptions of a norm for what it is to become a well-adjusted gay adult. Because the models bear striking resemblance to each other, where it only Troiden’s. Troiden is careful to point to historical and sociocultural variations in gay identity development, to deny step-by-step linearity, and to clarify that his model is an “ideal type” based on how “committed homosexuals” recall having constructed their homosexual identities (Talburt, 2014, p. 118). Identiti seseorang kadang-kadang berbeza dengan tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan dengan perubahan edaran masa dan kecanggihan teknologi pada masa kini. Menurut Castells yang memberikan pandangan tentang pembentukan identiti dalam rangkaian masyarakat memperoleh dimensi yang berbeza kerana konfigurasi dialektik, tempatan dan masa serta ruang global yang berbeza. Dengan kepelbagaian budaya yang wujud memudahkan masyarakat untuk lebih cenderung untuk terlibat dengan LGBT serta amalan budaya Negara Barat kadangkala melemahkan budaya yang ada dalam Negara Malaysia sendiri.

bigstock-Father-Helping-Son-With-Homewo-46461415

Gejala LGBT tidak asing lagi berlaku dalam kalangan remaja pada hari ini. Gejala ini dilihat semakin meningkat dan bertambah dari semasa ke semasa yang melibatkan golongan remaja di peringkat IPTA khususnya. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan ini agar tidak menjadi semakin serius. Jika dapat dilihat, melalui laman web malaysiakini yang berkaitan dengan LGBT ini, pihak Kementerian Pelajaran menyokong jika pihak kerajaan mengeluarkan buku ataupun artikel yang berkaitan dengan “garis panduan” untuk mengenali golongan ini. Simptom-simptom yang dikenalpasti dan dapat dilihat dalam diri individu yang dinyatakan melalui laman web dan blog adalah sama. Simptom gay untuk mengenalpastinya adalah mempunyai badan yang sasa dan juga suka memperlihatkan aset di badan, suka memakai baju yang ketat, lebih cenderung kepada lelaki dan suka membawa beg yang besar seperti perempuan manakala, bagi lesbian adalah menunjukkan ketarikan pada wanita, jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain, lebih suka pada wanita untuk teman tidur, makan dan kemana-mana dan tidak menyukai lelaki.

LGBT

GAY-PEOPLE-2

Garis panduan ini sangat penting bagi ibu bapa terutamanya bagi mengenalpasti yang terdapat pada anaknya dan ini dapat mengelakkan daripada remaja itu atau anak mereka terjerumus dengan lebih serius, terutamanya jika mereka berada diperingkat persekolahan. Merujuk kepada pendapat yang dikemukakan oleh Albert R. Roberts (2009), beliau mengatakan bahawa untuk menangani masalah ini ialah “mencari bantuan profesional”, (R., 2009, p. 314). Mencari bantuan profesional disini bermaksud menubukan satu gerakan kaunseling untuk memberi nasihat dan bimbigan terhadap golongan ini. Gerakan LGBT ini hanya boleh disertai oleh remaja yang mempunyai kecenderungan terhadap golongan yang sama jantina dengan meraka sahaja dan yang berkongsi perasaan yang sama. Walau bagaimanapun, melalui pendapat yang dikemukakan oleh Harvey J. Makadon,etc (2008), beliau mengatakan “numerous local and national LGBT organizations hold events for LGBT families that encourage connection and provide support”. “Family Pride and COLAGE are known widely for their support of families and children”, (Makadon, 2008, p. 129). Melalui pendapat dapat dilihat bahawa ibu bapa kepada anak-anak mereka yang terlibat LGBT juga perlu di ambil berat dengan memberikan khidmat kaunseling.

Teaching the Bible to Our Children_Family-Bible-2

Selain itu, alternatif yang digunakan oleh laman web dan blog dalam mengatasi perselisihan pendapat daripada pembaca adalah penulis dan pihak yang berwajib dalam mengeluarkan rencana ini perlu meneliti dengan mendalam dan perlu membuat kajian yang mendalam mengenai isu ini agar pembaca dapat memahami dengan jelas. Tambahan lagi, artikel yang dikeluarkan juga perlu dibuat perbandingan dengan artikel yang berkaitannya dalam melihat isi kandungan daripada rencana yang telah dikeluarkan sebelum ini. Secara kesimpulannya, LGBT secara jelas mempunyai pengaruh yang negatif yang membawa kesan yang buruk terhadap remaja. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh satu pihak sahaja, bahkan setiap pihak haruslah berganding bahu untuk mencari inisiatif mengatasi gejala LGBT.

Rujukan:

Makadon, H. J. (2008). The Fenway Guide to Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender Health. United States of America: Versa Press.

Patton, C. (1996). Fatal advice: How safe-sex education went wrong . Durham: NC, Duke University Press.

Peters, A. J. (1997). Themes in Group Work with Lesbian and Gay Adolescents. Social Work with Groups, 51-56.

R., R. A. (2009). Buku Pintar Pekerja Sosial. Jakarta, Indonesia: BPK.

Talburt, S. (2014). Constructions of LGBT Youth: Opening up Subject Positions. Tylor & Francis Group, 116-121.

Uribe , V. (1994). The Silent Minority: Rethinking our committment to gay and lesbian youth . Theory into practice, 9-28.

Media Dalam Kehidupan

Media-Logo
Pada zaman yang penuh dengan berbagai-bagai ciptaan media moden menampakkan ramai masyarakat menggunakan pelbagai jenis media moden seiring dengan arus perkembangan pelbagai teknologi moden. Pengunaan media yang sinonim pada masa ini ialah media elektronik seperti komputer dan telefon bimbit serta media cetak seperti akhbar-ahbar dan majalah-majalah.

hero_iphone_6_5

computer-tablet-phone-shutterstock-510px

Melalui adanya pelbagai jenis media, ini menjadikan masyarakat lebih tertumpu kepada penggunaan media dan menyebabkan berlaku satu fenomena baru iaitu taksub kepada  penggunaan media kerana masyarakat tidak mahu dianggap seperti “katak di bawah tempurung”. Hal ini secara tidak langsung akan mencetuskan pelbagai perubahan samada perubahan sikap dan fizikal. Individu yang menggunakan media akan menyebabkan komitmen terhadap pekerjaan menjadi kurang. Hal ini demikian kerana, melalui adanya telefon yang mempunyai internet sehingga 4G memudahkan individu mengakses internet di mana-mana sahaja dengan mudah dan pantas. Ini kerana, kelajuan internet 4G ini lebih pantas daripada 1G, 2G dan 3G yang diperkenalkan sebelum ini. Pada awal penciptaan telefon, kegunaan telefon hanya boleh menelefon sahaja. Namun evolusi yang berlaku daripada peringkat ke peringkat menyebabkan ianya mengalami perubahan yang lebih hebat dengan pelbagai aplikasi dan penggunaan. Oleh yang demikian, ramai pekerja dalam waktu bekerja mengakses internet untuk melayari laman sosial, dan tidak kurangnya ada yang bermain games. Hal ini jika tidak dibendung akan menjatuhkan prestasi sesebuah organisasi. Selain itu, melalui adanya media seseorang yang beriadah akan menghabiskan masa riadahnya dengan telefon bimbit sahaja. Ini akan merugikan waktu riadah. Ini kerana, seeloknya waktu riadah boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang lebih bermanfaat seperti melakukan perkara yang menyihatkan badan atau meluangkan masa bersama keluarga. Ini juga akan menyebabkan masa bersama keluarga tidak diisi dengan baik dan anak-anak akan terabai.

Melalui penggunaan media telefon mudah alih banyak isu atau peristiwa yang boleh berlaku. Ini kerana, telefon mudah alih sekarang mempunyai internet dan ini menjadikan sesiapa sahaja boleh mengakses internet dengan mudah. Melalui penggunaan internet untuk tujuan sosial seperti berfacebook, bertwitter, berinstagram dan sebagainya menjadikan hubungan sosial berlaku di alam maya. Melalui adanya ruangan chat di dalam laman sosial membolehkan ramai remaja khususnya, akan mencari kenalan-kenalan baru dan menjalinkan cinta di alam maya. Hal ini akan mengundang risiko kerana tidak semua yang dipaparkan di alam maya adalah terbukti betul.

Ramai orang yang menipu status atau diri sendiri di laman sosial contohnya facebook. Di dalam facebook seseorang boleh menipu identiti diri sendiri. Oleh yang demikian, ada diantara remaja yang terjerat dengan ayat manis si jejaka dan menjalinkan cinta di alam maya tanpa mengetahui perangai jejaka yang sebenar. Oleh yang demikian, cinta yang dijalin dan akhirnya membawa ke Gerang perkahwinan. Namun apabila berkahwin, mereka akan mengetahui perangai pasangan yang sebenar dan secara tidak langsung tercetusnya penceraian. Ini terbukti melalui akhbar Berita Harian yang menyatakan bahawa  hubungan maya ini dikesan menjadi punca perceraian apabila suami atau isteri mengetahui pasangan mereka mempunyai hubungan cinta lain (Lokman Ismail, 2012). Selain itu, melalui kenalan di dalam laman sosial boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya berlakunya kejadian jenayah seperti rogol. Hal ini terbukti apabila Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit (Nurhayati Abllah, Jun 2012).
facebook-fake-profiles
Justeru, melalui adanya internet yang boleh diakeses dengan mudah di dalam telefon dengan kepantasan 4G pada masa ini, maka timbullah perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah menggunakan laman media dengan cara yang betul agar perkara yang tidak diingini berlaku dan tidak meruntuhkan akhlak remaja. Ini jelas diperkatakan oleh  bahawa remaja menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya (Nurul Huda Binti Abd Razak, 2011, p.2). Contohnya youtube boleh diakses secara bebas dan ini adalah merupakan salah satu unsur terhadap keruntuhan akhlak remaja.
media-thermometer2

media-spoonfeeding-cartoon
Rujukan:

Nuhayati Abllah, (2012). Remaja Dirogol Kenalan Facebook. Berita Harian .

Lokman Ismail, (2012, January 22). Facebook, Twitter antara punca cerai. Berita Harian.

Nurul Huda Razak, (2011). Pengaruh Internet Terhadap Keruntuhan Akhlak Remaja Islam: Di Kalanagan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan, UTM . Universiti Teknologi Malaysia .

WE NEED THIS!!!!!!!

Society, Community & Social Media

Society and Social Media, the bond that hard to break.. Everyone expose more with the social media than with other thing in this world..

A normal phenomenon that our society being actively involve in the age of the new media..

If we look back at the time before the age of the new media, back in the 19th century, everyone who live in a community know almost everyone in their proximity..

But now, we don’t even know our nearer neighbor in our neighborhood.. Who’s on our left side and who’s on our right side.. We don’t even bother to know.. Everybody busy with their own business..

A lot of benefit that social media can offer to us.. Social media happen to make it easy for people to stay connect with everyone.. Give us a lot of information, help in making business and many more.. But, it turn out people become more isolated from real world..

According to Tonnies, community is formed around natural will, like friend, families, organization and etc.. While society is formed on the basis of rational will..

There also some theorist argued that this situation might lead to loss of community.. People get involve more with social activities and involve less with doing activity together..

With all the application that social media provide make people become more selective with who they want to create bond with.. I believe not all people in our friend list that reach thousand of friend we know them all.. We just add and approve according to our desires.. Besides we can customize our profile and allow certain people to look at it based on what we already setting..

People now are more active in social media than in actual life.. Everyone eager to get to know with new people from other country and so on.. But we actually forgot to maintain the rapport with the people near us, around us.. This is definitely wrong.. With the increasing in the use of social media in our everyday life, social capital should also increase.. So guys, we are in what position in this age of the new media? The choice is in our hand.. Think think think….

Blogger, Media Massa dan G.S.T.

1f24
Cukai barang dan perkhidmatan (Good and Service Tax ) atau dikenali GST dikatakan akan mempengaruhi rakyat Malaysia dalam membangunkan pendapatan negara dalam sektor ekonomi. Apabila Perdana Menteri mengumumkan cukai  akan diperbaharui daripada sale & service tax (SST) kepada good and service tax (GST), ramai rakyat tidak berpuas hati terhadap hasil pembaharuan cukai tersebut. Maka dengan ini timbul berbagai-bagai suara-suara yang lantang mengecam kuat terhadap isu perlaksanaan GST di dalam talian termasuk blog-blog yang dihasilkan turut menyebarkan maklumat mengenai pengenalan GST. Oleh itu, berdasarkan pembacaan melalui media cetak dan media elektronik iaitu daripada blog dan berita dalam talian yang diambil mengenai GST di laman sesawang http://www.utusan.com.my/rencana/untuk-apa-buat-gst-1.75140 dan http://pakdin.my/cukai-barang-dan-pekhidmatan-gst-soalan-lazim/, dapat kami simpulkan beberapa idea penulisan dalam akhbar dan blog mengenai isu GST yang hangat diperkatakan yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Melalui entri ini, kami akan mengulas serba sedikit mengenai isu GST yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan ini.


Menurut Muharikah (2014), GST adalah cukai nilai tambahan atau value added tax (VAT) yang dikenakan bagi setiap urus niaga yang berlaku, (ISU 24- Majalah Jom! Ini Rahsia Penting, 2014, p. 56). Melalui kedua-dua media cetak dan media elektronik ini terdapat beberapa persamaan dan  perbezaaan yang boleh diperjelaskan. Persamaan yang ada adalah  kedua-duanya membincangkan mengenai isu yang sama iaitu ‘GST’. Perbezaan yang tedapat dalam dua sumber yang telah dianalisis ini adalah dari segi isu kandungan dan maklumat yang diberikan. Blog Pak Din.my lebih memberikan maklumat yang lengkap mengenai isu GST dan menghuraikan dengan jelas antaranya dengan memuat naik video yang berkaitan isu ini iaitu contoh soalan yang berkaitan GST. Disamping itu, beliau juga memberikan maklumat dengan terperinci dengan membahagikan kepada 33 bahagian soalan yang berkaitan isu ini, antaranya ialah memperkenalkan apa itu GST, sebab dan akibat perlaksanaan GST, mengapa kerajaan hendak melaksanakan GST dan lainnya. Secara jelasnya, melalui blog ini masyarakat akan lebih mengetahui mengenai GST. Berita dalam talian jika diteliti maklumat yang dinyatakan kurang jelas kerana maklumat yang hendak dikeluarkan kebanyakannya akan ditapis.

Apabila membandingkan berita dalam talian termasuk blog, tidak dinafikan bahawa pelbagai berita khususnya GST yang telah diwar-warkan kepada masyarakat banyak mengandungi kesahihan dan ditokok tambah agar menarik minat pembaca untuk membaca penulisan yang ditulis oleh penulis-penulis. Terdapat beberapa kelemahan dan keburukan apabila membandingkan kedua-duanya iaitu berita dalam talian dimana di dalam berita online termasuk blog, penulis yang menulis di dalam berita online selain blog mereka bekerja dengan syarikat yang berdaftar. Oleh itu, berita yang disampaikan haruslah berbentuk positif beraruskan dengan persekitaran yang berlaku dalam negara mahupun luar negara dimana teknik pembentukan penceritaan mestilah menarik minat pembaca. Hal ini akan meyakinkan pembaca untuk membaca dalam berita talian tanpa perlu membeli media cetak yang hanya membazirkan duit dan masa. Ini ditambah pula pembaca boleh membaca akhbar online secara percuma. Menurut Domingo (2005), there is very little indication that online journalism is inherently better journalism for all its interactive and in-dept potential (Paterson & Domingo, 2008, pp. 7-8). Pendapat ini disokong bahawa berita dalam talian banyak membawa kebaikan.

Selain itu, melalui berita dalam talian iaitu blog pula, masyarakat dapat mengetahui lebih banyak info yang terselindung namun, info yang dinyatakan hanya daripada andaian dan pendapat penulis itu sendiri. Kesahihan yang ada hanya kepada pembaca untuk menilainya sama ada untuk mempercayai atau sebaliknya. Sebagai contoh yang diambil dalam akhbar Utusan Malaysia online, penulis lebih banyak mendedahkan kesan baik serta kebaikan cukai GST terhadap rakyat supaya rakyat memahami tentang cukai GST yang akan dilaksanakan. Menurut Habermas (1989) has described as a space that permits citizens to interact, study, and debate on the public issues of the day without fear of immediate reprisal from the political and economic powers (Beers, 2006, p. 116). Kelemahan berita dalam talian dimana masyarakat tidak dapat membaca sepenuhnya berita yang dipaparkan berbanding berita yang dicetak. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati kepada pembaca untuk mengetahui dengan lebih terperinci. Melalui berita dalam talian seperti blog, kelemahannya merujuk kepada sumber dimana sukar untuk mendapatkan sumber yang sahih walaupun ia mudah untuk didapati dilaman sesawang.

Disamping itu, seperti yang dibaca melalui utusan online dan blog Pak Din dapat dilihat bahawa kedua-duanya menerangkan kebaikan GST. Namun, mereka tidak menerangkan mengenai kesan yang bakal ditanggung oleh rakyat. Oleh itu, berdasarkan isu ini apa yang dapat dilihat adalah kedua-duanya menyokong pihak Kerajaan dalam melaksanakan GST. Ini kerana penulisan ini adalah benda yang terkawal dan tidak boleh mengkritik sesuka hati. Jika kita mengkritik dasar yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan sesuka hati, ini bermakna kita akan dikenakan tindakan. Oleh yang demikian, kita mestilah mengutarakan pendapat dan pandangan dengan cara yang betul mengikut saluran yang sesuai sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi iaitu membolehkan setiap rakyat bebas untuk bersuara dan mengutarakan setiap pendapat yang ada. Selain itu, apa yang dipaparkan di media-media sosial mengenai kritikan dan perasaan tidak puas hati seseorang itu terhadap isu GST perlulah diketengahkan melalui saluran yang betul dan tidak hanya mengkritik di laman-laman sosial yang tidak membawa apa-apa faedah kepada kita. Oleh itu, gunakan hak kita sebagai pengguna dan kebebasan bersuara kita dengan cara yang betul dan efisen.

Melalui kedua-dua media ini dapat dilihat bahawa kedua-duanya mempunyai pendapat yang sama terhadap GST kerana akan memberikan kebaikan kepada Kerajaan. Namun, bagi kami ianya adalah benar namun kebaikan kepada rakyat golongan miskin perlu diambil kira. Mungkin, rakyat yang sudah kaya raya tidak merasa terbeban, namun bagaimana pula hidup rakyat yang miskin? Bagaimana pula hidup mahasiswa dan mahasiswi? Kami akur bahawa GST akan meningkatkan pendapatan negara, tetapi kesan yang dirasakan oleh rakyat juga perlu diambilkira dan dipandang daripada setiap sudut. Oleh itu, cadangan kami sebagai rakyat Malaysia, jika Kerajaan ingin meningkatkan ekonomi negara pihak Kerajaan seeloknya mengenakan GST ini hanya kepada golongan yang berpendapatan tinggi supaya rakyat yang berpendapatan rendah tidak merasa terbeban dan tidak berfikir panjang untuk membeli sesuatu barangan tersebut. Walaubagaimanapun, melalui penulisan Utusan online menyatakan bahawa perlaksanaan GST adalah pahit, namun bagi manfaat jangka panjang adalah untuk kebaikan pasaran Malaysia. Oleh yang demikian, GST ini akan meningkatkan pasaran negara, oleh itu ianya secara tidak langsung adalah merupakan salah satu alternatif Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara kerana sistem ekonomi negara yang sebelum ini agak lemah. Selain daripada itu juga, melalui perlaksanaan GST ini juga diharapkan agar peniaga-peniaga tidak mengambil peluang dengan menaikkan harga barangan  lebih daripada yang sepatutnya. Selain itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah sentiasa memantau agar peniaga tidak memanipulasi pengguna demi kepentingan bersama. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah melaporkan kepada pihak-pihak yang berwajib sekiranya dimanipulasi oleh peniaga. Hal ini jelas diperkatakan oleh Majlis Keselamatan Dalam Negara Jabatan Perdana Menteri yang menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna adalah melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib atau persatuan pengguna (Cukai Barang dan perkhidmatan GST).

Justeru, melalui perlaksanaan GST akan memberikan kesan terhadap negara dan juga masyarakat. Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat sudah pastinya akan mengikut rentak kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar mereka. Oleh itu, kita sebagai rakyat harus menunggu dan melihat kesan-kesan terhadap peningkatan ekonomi yang bakal berlaku dalam negara seperti yang diwar-warkan oleh pihak Kerajaan ini.

Goodsandservicestax-GST_zps050726bf

gst-mechanism

infographic_GST_size1fb1.gif

perbezaan-GST-dunia

RUJUKAN:

Beers, D. (2006). The Public Sphere and Online, Independent Journalism. Canadian Journal of Education, Vol. 29, No 1, The Popular Media, Education and Resistance, 109-130.

Cukai Barang dan perkhidmatan GST. (n.d.). Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri. Author diambil daripada http://www.mpib.gov.my/documents/294206/50d2f9b3-9820-4e1f-a62b-12f5cdc3c989 pada 1 April 2014.

Muharikah. (2014). ISU 24- Majalah Jom! Ini Rahsia Penting. Kuala Lumpur: Deen Prints.

Paterson, C., & Domingo, D. (2008). Making Online News: The Ethnography of New Media Production . New York: Peter Lang Publishing, Inc.

Diambil dari web: http://pakdin.my/cukai-barang-dan-pekhidmatan-gst-soalan-lazim/ diakses pada 30 Mac 2014

Diambil dari web:http://www.utusan.com.my/rencana/untuk-apa-buat-gst-1.75140 diakses pada 30 Mac 2014

 

 

 

 

 

 

Addiction on new media…..(enjoy the videos)

what first thing you do in the early morning….is that you???

Are you addicted on computer?? and are you become like them??

you have a lot friend at facebook…do really know them??

Dapatan Kajian Mengenai “Penggunaan Komputer dan Peranti”

Tugasan kami pada minggu ini adalah berkenaan dengan media baru yang merangkumi jenis media baru yang sering digunakan, impak serta manfaatnya. Oleh itu, entri  pada minggu adalah untuk mengkaji dan mengenalpasti responden yang diambil di dalam kelas kami berkenaan “penggunaan komputer dan peranti” . Skop kajian ini meliputi demografi, pemilikan gajet, dan  pengunaan

Berdasarkan data yang diambil oleh dua kumpulan iaitu satu daripada kumpulan kami dan satu lagi adalah daripada kumpulan yang lain dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan diantara kedua-dua kumpulan terhadap penggunaan media. Data yang diambil berdasarkan 10 orang responden yang mewakili 5 orang daripada Semenanjung, 1 daripada Sabah dan 4 yang lainnya berasal daripada Sarawak. Kedua-dua kumpulan ini mewakili lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Melayu iaitu seramai enam orang, Cina seorang, etnik Bajau seorang, etnik Bidayuh seorang dan seorang lagi etnik Melanau.

Untitled

Mengikut hasil dapatan daripada responden kami telah mendapati bahawa jantina juga turut mempengaruhi kadar pengunaan media baru ini. Ini kerana, hasil daripada borang soal selidik menunjukkan 47% kaum wanita menggunakan media baru, manakala kaum lelaki pula sebanyak 10% lebih banyak daripada kaum wanita. Ini berkemungkinan bahawa kaum wanita banyak menghabiskan masa mengurus rumahtangga dan urusan yang lain berbanding dengan kaum lelaki yang mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding kaum wanita.

gender

Berdasarkan dapatan ini kami dapat rumuskan bahawa sejak berusia dua tahun lagi pendedahan dan penggunaan terhadap media berlaku. Seorang didapati menggunakan media baru sejak berusia 2 tahun, seorang tiga tahun, seorang 6 tahun, 13 tahun berjumlah dua orang, 15 tahun empat orang dan yang selebihnya lagi seorang telah mula menggunakan media ketika berusia 17 tahun. Secara ringkasnya, ketika berusia 15 tahun didapati ramai dalam kalangan kami yang mula menggunakan media. Ini menunjukkan bahawa ketika berada di tingkatan tiga dan bergelar remaja kami mula didedahkan dengan penggunaan media. Menurut Jeanne R. Steele dan Jane D. Brown memerhatikan bahawa remaja, seperti orang dewasa, menggunakan media untuk pelbagai tujuan untuk meningkatkan perasaan mereka, untuk menyusun melalui norma-norma dan nilai-nilai budaya, untuk membuat kenyataan-kenyataan tentang identiti mereka, mencontohi tingkah laku yang diingini (contohnya, meniru peranan model), dan untuk berkhayal tentang satu kemungkinan (alternatif) diri (Maness, 2004, p. 47).

age

Selain itu, melalui soalan jenis-jenis media yang digunakan mendapati bahawa kesemua daripada kami telah menggunakan media komputer dan telefon pintar, dan hanya seorang yang menggunakan game console. Hal ini membuktikan bahawa pada zaman yang serba moden sekarang dan ditambah pula kami merupakan pelajar, maka sudah menjadi keperluan bagi kami untuk memiliki komputer peribadi setiap seorang bagi memudahkan segala urusan pembelajaran. Selain itu, melalui adanya telefon pintar pada masa ini dengan harga yang sememangnya berpatutan, ini menjadikan sesiapa sahaja boleh memilikinya. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan kami bahawa terdapat 5 orang pelajar yang mengakui bahawa sebab-sebab beliau menggunakan gajet adalah kerana harganya murah dan 5 orang daripada yang lainnya menyatakan bahawa model keluaran baru, internet yang laju, jenama yang dikenali ramai, mudah untuk mencari alat ganti, fungsi yang baik, untuk keselesaan dan kecanggihan reka bentuk telefon pintar itu. Seterusnya, kebanyakan daripada kami menggunakan media jenis Lenovo dan Samsung iaitu seramai 6 orang menggunakan kedua-dua media ini, dan selebihnya 2 orang menggunakan Acer dan yang lainnya seorang menggunakan nokia dan seorang menggunakan Asus.

Disamping itu, melalui soalan gajet yang kerap digunakan didapati bahawa seramai 8 orang daripada kami menggunakan telefon pintar dan 2 orang yang lainnya menggunakan komputer peribadi. Antara sebab mereka kerap menggunakan telefon pintar adalah kerana minatnya terhadap telefon pintar, senang dibawa dan mudah untuk menghubungi sesiapa sahaja. Selain itu, sebab komputer peribadi menjadi kekerapan untuk 2 orang daripada kami menggunakannya kerana memudahkan urusan mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masing-masing. Seterusnya, melalui borang soal selidik ini juga didapati bahawa aplikasi yang selalu digunakan di dalam media oleh kami adalah Facebook, WeChat, WhatsApp, dan Instagram. Media sosial telah membolehkan Universiti sosial komuniti untuk Aleman dan Wartman (2009) mengistilah “persekitaran hibrid” yang bererti bahawa pelajar dapat berinteraksi dengan rangkaian sosial kedua-dua mereka dalam dan luar talian (Wankel & Wankel, 2011, p. 4).


Seterusnya, kami mendapati bahawa seseorang individu menggunakan lebih daripada satu gajet kerana langkah-langkah untuk berjaga-jaga ketika menghadapi darurat contohnya seperti kehabisan bateri. Selain itu, ingin mencuba teknologi baru, mengejar trend, mempunyai berlainan fungsi, untuk pelbagai kegunaan contohnya satu untuk kehidupan peribadi dan satu lagi untuk tujuan pekerjaan, mempunyai banyak nombor telefon, untuk tujuan bermain games, gaya hidup terkini dan juga sebagai medium untuk hiburan. Mengenai soalan berapa lama masa yang diluangkan dalam tempoh 24 jam untuk melayari internet, kami mendapati satu jam hingga lama jam kebanyakan daripada kumpulan kami dan satu kumpulan tersebut melayari internet dalam tempoh 24 jam. Menurut Yahya R. Kamalipour (2001), yang mana the media globalization age in which the world lives is quintessentially American- technologically superior, commercially driven, and suspicious of central (i.e., governmental) authority. This is the age of the World Wide Web, direct broadcast satellites, twenty-four-hour cable new channels, global email, and digital telephony”, (Yahya R. Kamalipour, 2001, p. 18).

faktasms2.gif

Akhir sekali, melalui implikasi dan keberkesanan terhadap pelajar melalui penggunaan rangkaian sosial, emel, dan lain-lain media mendapati bahawa penggunaan media tersebut adalah mudah untuk medapatkan maklumat, memudahkan urusan kerja seperti untuk menghantar emel, memudahkan perbincangan antara individu atau kumpulan, komunikasi yang berkesan, dan komunikasi yang mudah. Selain impak positif, penggunaan media juga mempunyai impak yang negatif dimana berdasarkan dapatan kami adalah akan menyebabkan berlakunya gejala sosial berleluasa dan menyebabkan penyebaran maklumat yang palsu kepada orang ramai. Ini sama sekali tidak dapat dinafikan bahawa media massa banyak memberi pengaruh samaada dari sudut positif mahupun negatif, yang mana dapat di sokong melalui pendapat daripada Martin J. Medhurst (2006), iaitu the influence of the mass media on voter cognition is undeniable. The debate over media influence typically turns on the question of whether a liberal or conservative bias exists in nes coverage. As Craig Allen Smith points out, most people “are still back at the “bullet model’s all-powerful transmiter, persuming that messages mold people’s minds”. Because consumers (voters) have myriad media from which to select, such a debate is often misguided”, (Medhurst, 2006, p. 173).

Secara tuntasnya, penggunaan media banyak memberi kesan sama ada kearah positif mahupun negatif kepada masyarakat dalam penggunaannya namun, masyarakat sendiri yang memilih untuk mencorakkannya sama ada ianya bergerak ke arah positif mahupun negatif. Oleh itu, melalui adanya media yang pelbagai pada zaman sekarang dapat menjadikan masyarakat mempunyai pelbagai inisiatif yang lebih mudah untuk berkomunikasi berbanding pada abad dahulu yang hanya perlu besemuka dan dengan seseorang untuk berbicara.

Rujukan

Maness, K. (2004). Teaching Media-Savvy Students about the Popular Media. The English Journal, Vol. 93, No. 3, 46-51.

Medhurst, M. J. (2006). The Rhetorical Presidency of George H.W. Bush . United States, America: Texas A & M University Press.

Wankel, L. A., & Wankel, C. (2011). Higher Education Administration with Social Media: Including Applications in Student Affairs, Enrollment Management, Alumni Relations, and Career Centers. United Kingdom: Emerald Group Publishing Limited.

Yahya R. Kamalipour, K. R. (2001). Media, Sex, Violence, and drugs in the global village. England: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

CONTOH SOALAN KAJIAN

BAHAGIAN A

  • Anda berasal daripada mana?

Semenanjung     (       )

Sabah                 (       )

Sarawak              (       )

  • Apakah bangsa atau etnik anda?

Melayu                 (     )             Bidayuh             (     )

Cina                     (     )             Bajau                 (     )

India                     (     )             kadazandusun  (     )

Iban                     (     )             lain-lain:             (    ) nyatakan: _________________

  • Apakah jantina anda?

Lelaki                   (     )

Perempuan          (     )

  • Pada umur berapakah anda mula menggunakan media baru?

_________________________________________________

BAHAGIAN B

  • Apakah jenis media yang anda gunakan?

Komputer peribadi   (     )             Ipad         (     )

Telefon pintar           (     )             MP3        (     )

Game console           (     )             Lain-lain (     ) nyatakan: ______________________

  • Jenama media apakah yang anda gunakan?

Samsung                   (     )              Lenovo     (     )

Apple                         (      )             Asus         (     )

Oppo                          (     )             Lain-lain    (     ) nyatakan: ___________________

  • Nyatakan sebab mengapa anda memilih menggunakan jenama tersebut?

________________________________________________________________________

  • Jenis gajet apakah yang kerap anda gunakan? Nyatakan sebab kenapa anda memilih gajet tersebut?

________________________________________________________________________

  • Apakah aplikasi yang anda gunakan menerusi media sosial?

Facebook   (     )                           Wechat       (     )       WhatsApp     (     )

Viber           (     )                          Instagram   (     )         Beetalk        (     )

Telegram     (     )                           Lain-lain   (     )       Nyatakan: _______________

 

BAHAGIAN C

  • Jika dilihat pada masa ini ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu gajet. Mengikut pandangan anda, apakah yang menyebabkan individu memerlukan lebih daripada satu gajet?

_______________________________________________________________________________________________

  • Dalam tempoh 24 jam, berapa lamakah masa yang anda luangkan untuk melayari internet?

________________________________________________________________________________________________

  • Menurut pandangan anda, apakah implikasi dan keberkesanan terhadap pelajar melalui penggunaan rangkaian sosial, emel, dan lain-lain media?

________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________

Apakah Computer Mediated Communication (CMC)?

Kewujudan teknologi komputer yang semakin canggih pada masa ini dan kemunculan pelbagai aplikasi di dalamnya untuk berkomunikasi antara individu dengan individu yang lain, atau antara kumpulan dengan kumpulan yang lainnya telah menyebabkan berlakunya satu isu yang disebut sebagai Computer Mediated Communication (CMC). Istilah CMC adalah merujuk kepada komputer sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi. Dalam erti kata lainnya juga, komunikasi di hujung jari yang menggambarkan bahawa kita hanya berkomunikasi di alam maya tanpa bersemuka dan bercakap berdepan dengan seseorang. CMC dikenali sebagai bahan teknikal untuk berkomunikasi secara dua hala dengan menggunakan aplikasi Video Call, Skype dan banyak lagi aplikasi yang lainnya. Melalui sumber yang diperoleh, CMC telah wujud sejak komputer digital elektronik yang pertama dicipta, sekurang-kurangnya sejak pertukaran direkodkan pertama emel prototaip di awal 1960-an, (Tomic, 2004, p. 14).

Selain itu, Crispin Thurlow (2004), telah memberikan tiga maksud CMC daripada tiga pendapat yang berbeza. Pendapat pertama yang diberikan oleh Gerry Santoro (1995: 11), yang mengatakan CMC adalah “at its broadest, CMC can encompass virtually all computers uses including such diverse applications as statistical analysis programs, remote-sensing system, and financial modeling programs, all fit within the concept of human communication”, (Tomic, 2004, p. 15). Menurut beliau, CMC lebih kepada menggunakan aplikasi program statistik, pengiraan dan juga yang melibatkan komunikasi diantara manusia.  Manakala, pendapat kedua yang dinyatakan oleh  John Disember (1997), yang mana mendefinisikan CMC sebagai “computer mediated communication is a proses of human communication via computers, involving people, situated in particular contexts, engaging in processes to shape media for a variety of purposes”, (Tomic, 2004, p. 15). Beliau melihat CMC lebih kepada satu proses komunikasi diantara masyarakat yang berhubung melalui komputer untuk pelbagai tujuan yang tertentu. Seterusnya, pendapat ketiga yang dinyatakan oleh Susan Herring (1996: 1), yang mempunyai persamaan seperti yang dikemukan oleh John Disember iaitu, “CMC is communication that takes place between human beings via the instrumentality of computers”, (Tomic, 2004, p. 15). Oleh yang demikian, menurut pendapat yang dinyatakan dapat dirumuskan bahawa CMC lebih merujuk kepada komunikasi atau perhubungsn yang melibatkan penggunaan komputer. Jadi adakah kita antara pengguna CMC?

Jika dilihat CMC memang sudah menjadi tabiat majoriti golongan muda mudi kini, malahan juga golongan-golongan tua segelintirnya. Jika seseorang itu tidak mempunyai komputer sekalipun, mereka boleh menggunakan komputer melalui Computer Centre (CC) yang ada berdekatan dengan rumah-rumah mereka. Oleh yang demikian, melalui adanya CC adalah menjadi satu alternatif bagi masyarakat untuk lebih terdedah dengan dunia IT. Kami akur bahawa kami juga juga menggunakan komputer sebagai salah satu medan untuk berkomunikasi. Ini kerana, melalui komputer kami akan dapat berhubung dengan seseorang yang berada jauh dengan mudah selain telefon untuk berkomunikasi. Selain itu, kewujudan Skype telah membuka ruang untuk berhubung dengan sesiapa sahaja yang berada jauh dengan bervideo. Melalui skype kita seperti berkomunikasi secara berdepan dengan seseorang itu kerana kita akan dapat melihat wajah seseorang itu ketika menggunakannya. Oleh yang demikian, ini akan dapat menghilangkan rasa rindu ibu bapa kepada anak-anak ataupun sebaliknya. Namun begitu, kewujudan media-media komunikasi ini adalah merupakan salah satu budaya global. Hal ini kerana, ianya telah menjadi satu cara hidup yang digunakan oleh semua Negara. Ini menunjukkan bahawa berlakunya imperalisme terhadap budaya tempatan dan seterusnya akan menghakis budaya-budaya timur khususnya. Diakui bahawa penciptaan alat-alat media seperti ini adalah bermula daripada Barat. Contohnya menurut teori budaya global yang dikemukakan oleh Jeremy Tunsell (1977) mengatakan bahawa “eventual destruction of local cultures through the ‘dumping’ of indiscriminate media products main from USA”. Budaya tempatan yang terhakis adalah seperti masyarakat pada zaman ini kebanyakannya anti sosial berbanding dahulu. Hal ini kerana, banyak masa dihabiskan di depan-depan komputer untuk berbagai tujuan. Contohnya lelaki dan wanita mempunyai tujuan yang berbeza melalui penggunaan komputer. Perbezaan yang jelas adalah lelaki lebih gemar bermain games berjam-jam lamanya di hadapan komputer. Namun begitu, bagi golongan wanita pula lebih gemar membeli belah di atas talian, mencari resepi masakan dan sebagainya.

Selain itu, menurut ahli Sosiologi iaitu Karl Marx menyatakan bahawa “capitalism could only survived through expansion”. Hal ini jelas membuktikan bahawa pihak kapitalis akan mencipta sesuatu yang memberikan nilai pulangan yang tinggi kepada mereka agar mereka dapat mengembangkan lagi kekuatan dan kekayaan mereka. Selain itu, jika diteliti melalui teori kelas yang juga diperkenalkan oleh Karl Marx berkenaan dengan golongan kapitalis dan bourgeoisie. Menurutnya, golongan kapitalis akan menggunakan tenaga kerja iaitu golongan borjuasie untuk mengaut keuntungan yang banyak dan membayar kos buruh dengan murah serta menggunakan tenaga kerja semaksimum yang mungkin. Oleh yang demikian, melalui teori ini dapat menjelaskan bahawa orang Barat yang menguasai dunia teknologi banyak membuka kilang-kilang mereka di Negara-negara sedang membangun contohnya di Negara kita, Negara Thailand dan sebagainya. Ini kerana, kos buruh di Negara-negara ini adalah lebih murah, justeru dengan itu mereka dapat mengaut keuntungan yang banyak. Ini terbukti bahawa tenaga kerja di dikerah dengan semaksimum yang mungkin dan perlu bekerja lebih masa tetapi dibayar dengan gaji yang sedikit.

Selain digunakan untuk berkomunikasi CMC juga memudahkan dalam urusan kehidupan seharian individu dan sebahagian asasi kehidupan manusia pada zaman yang serba moden ini. Hal ini dapat dilihat CMC digunakan dalam melaksanakan tugasan pekerjaan yang menggunakan aplikasi Excel yang mana dapat memudahkan dalam urusan pengiraan yang menggunakan aplikasi statistik. Menurut Shneiderman (1987) menegaskan bahawa reka bentuk semula antara muka manusia-komputer boleh membuat perbezaan yang sangat ketara dalam kepuasan pengguna (Hiltz & Johnson, 1990, p. 739). Kecanggihan teknologi telah memberi ruang kepada masyarakat untuk menggunakan CMC sebagai bahan utama untuk berhubung dan telah memberi banyak manfaat dari pelbagai sudut seperti sudut sosial, ekonomi dan politik. Sudut sosial yang dimaksudkan ialah berkomunikasi, perbincangan, pembelajaran dengan masyarakat. Manakala dari sudut ekonomi pula merujuk kepada perniagaan dimana masyarakat dapat melihat barang yang diniagakan secara online dan masyarakat juga lebih enteng untuk berkomunikasi dengan penjual melalui media online tanpa perlu bersua muka. Sebagai contoh, pada hari ini CMC dapat memudahkan para pelajar untuk membuat perbincangan atau memuatnaik tugasan melalui laman sosial dan kadangkala tenaga pengajar boleh berinteraksi menggunakan pembelajaran atas talian mengenai sesuatu perkara yang hendak dibincangkan. Menurut Boiney, L. (1998), penggunaan CMC mungkin memberi kesan kepada mana-mana aktiviti komunikasi yang dikaitkan dengan kumpulan tugasan, kumpulan kreatif, kumpulan taktikal, dan membuat keputusan atau penyelesaian masalah secara berkumpulan (George & Sleeth, 2000, p. 288).

Komunikasi perantaraan yang biasa digunakan masyarakat pada hari ini dalam seharian adalah seperti Facebook, Skype, dan Email, Instagram dan berbagai-bagai lagi. Melalui aplikasi tersebut, masyarakat bukan sahaja boleh menggunakannya untuk berhubung, malahan ianya juga boleh digunakan untuk memuatnaik lagu, gambar, video. Oleh itu, masyarakat boleh berkomunikasi anatara satu dengan yang lain dalam pelbagai versi.

Selain itu, CMC juga mempunyai impak negatif yang seperti remaja kini lebih banyak menggunakan komunikasi atas talian untuk mencari ramai kenalan baru serta bercinta melalui alam maya. Hal ini mewujudkan masalah kepada kepada para remaja kerana mereka mudah untuk mempercayai individu yang tidak dikenali. Oleh itu, ini mengakibatkan seseorang itu terpengaruh dengan ayat-ayat manis orang yang tidak dikenali tersebut dan akhirnya menyebabkan berlakunya pelbagai kes jenayah seperti rogol, culik dan bunuh. Disamping itu, keburukan CMC yang lainnya adalah menimbulkan risiko terhadap pembeli online. Ini kerana, ada diantara peniaga-peniaga yang telah mengambil kesempatan terhadap pembeli melalui penipuan yang melibatkan barang yang dibeli tidak dihantar kepada pembeli tersebut. Contohnya, peniaga memberitahu dengan yakin semasa berkomunikasi atas talian kepada pelanggan bahawa barang yang dijual menepati citarasa pengguna malah apabila barang sampai ke tangan pengguna telah berlaku perkara yang sebaliknya. Situasi sedemikian seringkali berlaku kepada masyarakat menyebabkan berlaku kerugian dan rasa tidak percaya pengguna kepada penjual online. Seterusnya, melalui internet juga dapat dijadikan medium untuk komuniksi untuk menyampaikan dakwah. Hal  ini jelas diperkatakan oleh Farida Nur Ahmad bahawa kehadiran internet bagi pengguna merupakan sebuah media baru yang menawarkan kepelbagaian dan kebebasan akan akses maklumat bagi pengguna tanpa perlu terikat sekatan dan sensor (2013, p. 99).

Kesimpulannya, CMC yang diperkenalkan oleh Barat ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Namun, ini semua terpulang kepada individu untuk memilih cara baik atau sebaliknya. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan diri kita daripada terpengaruh dengan budaya hendonisme kita haruslah tidak terlalu taksub dengan media-media yang boleh melalaikan serta menjaga nilai, budaya serta adat yang dipegang sejak zaman-berzaman lagi.

Rujukan:

Farida Nur Ahmad (2013). At-Tabsyir. Jurnal Komunikasi penyiaran Islam , 99.

George, G., & Sleeth, R. G. (2000). Leadership in Computer-Mediated Communication: Implications and Research Directions. Journal of Business and Psychology, Vol 15, No. 2 , 287-310.

Hiltz, S. R., & Johnson, K. (1990). User Satisfaction with Computer-Mediated Communications System. Management Science, Vol. 36, No 6 , 739-764.

Tomic, C. T. (2004). Computer Mediated Communication Social Interaction and the Internet. London: SAGE.

Teknologi dan Masa Depan

Jika pada masa ini manusia sudah ‘dibelai’ dengan pelbagai teknologi canggih, maka sudah tentu pada masa hadapan teknologi akan lebih bertambah canggih serta dipenuhi dengan teknologi digital sehinggakan segala urusan harian dapat berjalan dengan lebih cepat dan pantas. Walaubagaimanapun, era digital masih belum menjadi satu kenyataan pada masa sekarang jika kita hanya mampu membayangkannya sahaja.

Baru-baru ini, pihak Microsoft telah menyiarkan satu video berkonsepkan teknologi masa depan dimana program yang dicipta sememangnya dinanti-nantikan oleh masyarakat dunia. Hal ini kerana, program yang dicipta hampir sama dengan teknologi seperti di dalam cerita Iron Man dan juga Avengers yang berkonsepkan hologram. Selain itu, Samsung juga tidak terkecuali dalam mengejar arus teknologi baru. Mereka menggunakan konsep Life and Style sebagai strategi pemasaran. Konsep teknologi ini dikatakan dapat meningkatkan taraf kehidupan manusia pada masa hadapan. Malahan, kini Samsung semakin maju kehadapan selaras dengan kemajuan teknologi dan sentiasa memenuhi keinginan dan impian setiap masyarakat di dunia yang menginginkan sesuatu yang dapat memudahkan kehidupan mereka.

Oleh yang demikian, tidak kiralah apapun strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat teknologi untuk meningkatkan keuntungan mereka, yang pastinya kebanyakan masyarakat yang cintakan teknologi sudah tentunya ternanti-nanti akan kemunculan produk-produk teknologi terkini di pasaran. Hal ini terbukti apabila produk-produk teknologi terkini yang dihasilkan sentiasa mendapat sambutan yang baik  daripada mereka yang cintakan barangan berteknologi dan canggih.

Rujukan:

1) http://kabarit.com/2011/10/gambaran-teknologi-masa-depan-versi-microsoft/

2) http://futuretechnologytrends.com/

Masyarakat dan Media.

Media adalah bahan yang dapat menyalurkan informasi daripada sumber informasi kepada penerima informasi. Oleh sebab itu, media memainkan peranan penting dalam membentuk satu Negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan sosial. Ini kerana, segala informasi dapat disalurkan dengan mudah dan ini membantu proses pembangunan dalam setiap Negara. Media telah mencapai satu tahap dimana teknologi telah mempertingkatkan tahap pencapaian dan keberkesanan sesebuah komunikasi yang dikenali sebagai “media baru”.

.

Media baru boleh dirujuk sebagai teknologi yang melahirkan wadah interaksi kepada pengguna. Merujuk kepada Socha dan Eber-schmid (2012) dalam artikel mereka “Defining new media isn’t easy”, media baru tidak termasuk televisyen, filem, buku atau majalah melainkan ia mempunyai teknologi yang membenarkan interaksi kepada pengguna. Hal ini sememangnya benar kerana pengguna akan lebih tertarik untuk menggunakan komunikasi jenis ini kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengeluarkan pendapat mereka. Media baru selalunya dikaitkan dengan internet. Ini kerana, internet adalah satu teknologi yang berjaya memudahkan dan mempercepatkan proses komunikasi. Selain itu juga, melalui adanya media baru ini akan memberikan kesan yang positif dan negatif kepada masyarakat di Malaysia.

Teknologi baru dapat memberikan pelbagai maklumat dan hiburan secara serentak. Hal ini kerana, konsep penggabungan yang terdapat pada teknologi baru telah menyebabkan teknologi ini mampu menggabungkan pelbagai medium menjadi satu medium yang baru. Contohnya, kewujudan laman sesawang seperti http://www.youtube.com telah membolehkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu kejadian yang tidak dipaparkan secara langsung atau yang telah berlaku. Namun begitu, dengan mengakses laman sesawang ini kita akan dapat melihat berjuta-juta video daripada seluruh dunia. Selain itu, masyarakat juga boleh memperolehi hiburan melalui video-video muzik artis tempatan sehingga ke antarabangsa yang terdapat di dalam laman sesawang ini. Contohnya, di Malaysia masyarakat gemar memuatnaik kejadian-kejadian seperti perhimpunan haram, aksi perlawanan bola sepak, kemalangan jalanraya dan juga pelbagai lagi untuk tontonan, yang bukan hanya melibatkan masyarakat di Malaysia malahan juga untuk tatapan seluruh dunia.

Selain itu juga, teknologi membuka ruang sfera awam kepada masyarakat untuk bersuara. Sfera awam menurut Peter Dahlgren (1991) merupakan sebuah konsep dalam konteks semasa yang menerangkan tentang keadaan masyarakat masa kini yang membincangkan mengenai bagaimana dan apa yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. Selain itu, konsep sfera awam ini juga boleh digunakan untuk menerangkan tentang perkara yang biasa terjadi atau tatacara semulajadi. (Dahlgren, 1991). Kewujudan teknologi baru yang juga menyebabkan kewujudan laman sesawang http://www.blogger.com pada tahun 2003 telah membolehkan masyarakat meluahkan segala rasa atau pendapat mereka mengenai sesuatu perkara dalam laman web tersebut. Selain itu, masyarakat juga boleh menggunakan medium ini untuk meluahkan pendapat masing-masing.

social-mediaPromosi-Brand-Media-Sosial

Disamping itu, melalui Facebook, Instagram, Twitter, Wechat dan banyak lagi media yang ada pada masa ini menyebabkan ramai golongan-golongan peniaga dapat mempromosikan barangan mereka di laman-laman di atas talian (online). Hal ini secara tidak langsung, akan memudahkan peniaga yang tidak memiliki kedai sendiri untuk mempromosikan produk mereka di laman-laman sosial sahaja. Oleh yang demikian, ini akan memudahkan peniaga tersebut dan juga pengguna yang ingin membeli barangan kerana tidak perlu keluar untuk melihat barangan tersebut kerana melalui internet segala barangan yang mereka mahukan akan didapati dengan mudah. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit peniaga mahupun pembeli di internet.

Walaubagaimanapun, melalui penularan media-media yang baru seperti laman-laman sosial menyebabkan remaja akan terpengaruh dengan budaya hendonisme iaitu mereka yang sukakan hiburan sehinggakan melalaikan. Hendonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. (Mohd, 2010, p. 109). Selain itu, kewujudan media baru ini telah menghakis sedikit demi sedikit pergaulan dan perhubungan diantara keluaraga dan juga rakan-rakan. Hal ini kerana, pada masa ini masyarakat lebih cenderung untuk bergaul dan berhubung melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram, Twitter, Wechat dan WhatsApp. Hal ini telah mewujudkan satu sindrom yang dipanggil “anti-sosial”. Hal ini jelas diperkatakan oleh Mohd Roslan Mohd iaitu tanpa pegangan akidah yang kukuh, akan menyebabkan sesiapa sahaja mudah diresapi dengan serangan pemikiran yang dilancarkan ke atas umat Islam. (Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden, 2010, p. 110). Selain itu, ramai remaja yang sanggup menghabiskan masa bejam-jam lamanya untuk berada di depan komputer untuk berfacebook, bertwitter dan sebagainya tanpa melakukan kerja yang lebih penting daripada ini seperti melakukan kerja sekolah dan lain-lain. Hal ini sudah tentu akan melalaikan mereka dan seterusnya menjejaskan prestasi akademik pelajar tersebut.

Kini, terdapat banyak bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja dan belia. Hal ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu peranti bagi menghalang laman sesawang yang tidak sepatutnya dilawati serta ianya juga haruslah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Hal ini kerana bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka.

media-sosial-jangan-dijadikan-diary-L98

Senario yang dapat dilihat pada masa ini melalui media baru yang ada contohnya di laman sosial seperti youtube terdapat diantara orang-orang biasa telah menjadi terkenal seperti Elizabeth Tan, Ainan Tasneem dan Najwa Latif. Mereka telah terkenal di laman youtube apabila memuatnaik video-video nyanyian mereka yang dirakam dan dikongsi bersama dengan orang ramai di laman Youtube. Melalui rakaman-rakaman video ini telah menjadikan mereka terkenal kerana telah mendapat banyak like daripada orang ramai. Contohnya, video Elizabeth Tan melalui lagu yang dimuatnaik di dalam youtube iaitu Knock Knock dan telah mendapat berjuta-juta like daripada pengguna laman sosial. Selain itu, penyanyi lain seperti Ainan Tasneem juga telah mendapat nama melalui lagu Aku Suka Dia dan Najwa Latiff melalui lagunya muka buku juga telah mendapat “like” yang banyak menyebabkan mereka menjadi terkenal di youtube dan media-media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan lain-lain lagi.



Kesimpulanya dapat dilihat bahawa media baru memberi implikasi yang positif dan juga negatif terhadap masayarakat di Malaysia dan sememangnya hampir kesemua masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia bergantung dengan media baru untuk aktiviti harian mereka sekaligus mewujudkan satu senario yang baru terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia

live-two-weeks-without-social-media

Rujukan:

Kellner, D. (1995). Media Culture: Cultural Studies, Identity and Politics Between The Modern and Postmodern. United States: Routledge.

Mohd Roslan Mohd (2010). Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden. Jurnal Al-Tamaddun Bil.6, 110.

Dahlgren, P. 1991, Introduction in Dahlgren & Sparks, eds, Communication and Citizenship: Journalism and the Public Sphere, London: Routledge

Socha, B. & Eber-Schmid, B. (2012). New Media Institute. What is new media? Defining new media isn’t easy. Retrieved from http://www.newmedia.org/what-is-new-media.html